Wednesday, September 19, 2007

Rahsia Langsing Minda Super ~ Saya Difitnah

“RAHSIA LANGSING MENAWAN PENYELAMAT SUAMI DI AKHIRAT KELAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua…

Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini...moga-moga pengisian dan qualiti Ramadhan tahun ini dapat kita pertingkatkan berbandng tahun-tahun sebelum...Amin...InsyaAllah

Semalam saya berkesempatan untuk membawa perkongsian TEKNIK LANGSING MIND SUPER ini ke salah satu forum terkenal di Malaysia. Ragam manusia pelbagai warna-warni...TERKILAN ADA...SEDIH PUN ADA...apatidaknya niat saya yang IKHLAS, JUJUR membawakan perkongsian ini disalah tafsir...KECENDERUNGAN SAYA MENGETENGAHKAN ASPEK UKHRAWI DALAM SETIAP PENGISIAN YANG DIBAWAKAN DIFITNAH SAYA MEMPERMAINKAN AGAMA UNTUK KEPENTINGAN DIRI DAN WANG RINGGIT MENCARI KEUNTUNGAN...hanya Allah yang tahu perasaan saya. Walauapapun saya percaya keikhlasan dan niat mencari pengiktirafan Allah memanjangkan ilmu yang DIAMANAHKAN pada saya, Allah pasti membuka lorong-lorong kebaikan itu...

Ini adalah KOMENTAR & HUJAH SAYA terhadap kritikan dan fitnah yang dilemparkan

Inilah sebahagian reaksi pada JIWA-JIWA yang BELUM MERDEKA sebenarnya...Masih MEWARISI SEKULARISME PENJAJAH...memisahkan DUNIAWI dengan UKHRAWI...

Renung dalam-dalam...jangan sesekali berprasangka buruk terhadap org lain...MUNGKIN ANDA BERTUAH, KEHIDUPAN ANDA BELUM LAGI DIDUGA ALLAH DENGAN UJIAN-UJIAN SEBEGINI HANYA KERANA ANDA SUDAH LANGSING...HANYA KERANA SEKARANG RUMAHTANGGA ANDA ANDA BAHAGIA...


TAPI TAHUKAH ANDA DI LUAR SANA???....
ramai para isteri, wanita dicemuh, dihina, anak hilang kasih sayang dan perhatian ibubapa...keciciran dalam bidang akademik...terjebak dengan maksiat...isteri hilang tempat bergantung, keluarga melarat... (itu baru nampak huru-hara di dunia...di akhirat belum lagi) hanya kerana .penampilan diri, layanan isteri dijadikan ALASAN untuk para suami bermain kayu tiga...hanya kerana isteri tadi ALPA, KURANG ILMU PENGETAHUAN (Jangan anda sempitkan pemikiran anda,ilmu Allah sangat LUAS...setiap aspek kehidupan menuntut ilmu untuk kita memberikan TERBAIK)INIKAN PULA UNTUK MENJADI ISTERI SOLEHAH PENYEJUK HATI SUAMI...bukan shj manis dan cantik di mata tapi JUGA PERIBADI, AKHLAK juga AGAMA DIGARAP SECARA HOLISTIK...

Teringat saya PETIKAN ARTIKEL DR IKMAL
”Jika isteri-isteri betul-betul dapat menyediakan diri
dan rumahtangga sebagai sumber dan tempat suami dan
ahli keluarga mendapat ketenangan dan kegembiraan,
Wanita solehah akan jadi perhiasan yang tinggi
nilainya dalam rumahtangga, sumber penyejuk dan
kebahagiaan hati suami. Memandangnya sudah cukup
membuatkan suami lupa pada masalahnya. Atau pun merasa
ringan dari segala bebanan. Tenang untuk menghadapi
hari esok kerana di sampingnya ada satu sumber yang
memberi kekuatan dan ketenangan hati dengan izin Allah
swt."

Ketenangan yang didapati oleh seorang suami dari
seorang isteri solehah memungkinkan suaminya untuk
mencapai kejayaan hidup di dunia. Ia akan memungkinkan
suami berjaya dan maju dalam perjuangannya, dalam
kariernya dan sebagainya. Dan boleh menyelamatkan
mereka di akhirat dari seksa Allah kerana berkat
layanan dan ketenangan yang didapati dalam rumahtangga
menghalang dari bertindak liar dan curang di belakang
isteri. "


Jangan pula, asyik sibuk menjaga kebajikan orang lain sehingga akhirnya kebajikan diri terabai...PENGORBANAN BUAT SUAMI DAN KELUARGA TERCINTA akhirnya tiada makna...yang dihadiahkan nanti penghinaan...saya datang dr keluarga yang terlibat dlm perawatan Islam hampir 30 tahun dlm bidang ini (pelbagai cemuhan, hinaan yg menjadi halwa telinga)...hampir 70% pesakit yang mendapatkan pertolongan kami terdiri drpd para isteri yang teraniaya...saya sendiri terlibat dlm bidang kaunseling...SEDIH, SIMPATI dan jujur rasanya nakjer saya turunkan ilmu yang ada...patutlaa memang tak dinafikan dahlaa melahirkan anak rapat-rapat...masalah kewangan...hutang keliling pinggang...tiada pembantu rumah...si isteri bekarja lagi...komitmen kerjaya...melayan kerenah tempat kerja...mana nak jaga anak, mana nak jaga suami... BAYANGKAN...BEBAN...EMOSI & FIKIRAN YANG DILALUI...

Maka salahkan saya, MENGETENGAHKAN PERKONGSIAN JARIAH ILMU INI UNTUK MEMAKMURKAN BUMI ALLAH ini???

AND YET....some of you here, boleh memfitnah saya mencari rezeki mempermainkan AGAMA...LOOK YOU'LL yang TIDAK JELAS...memisahkan agama dengan setiap aspek kehidupan...

Kita dah merdeka 50 tahun...cukuplaa...jangan sempitkan fikiran anda yang JUMUDtu...

Kalau anda rasa tidak memerlukan bantuan saya...tidak mengapa...saya hanya MENJALANKAN "AMANAH" DAN "HAK" saya sebagai MUSLIM yang harus diberikan...

Allah berikan saya kelebihan bukan untuk saya berbangga...untuk sombong tapi satu amanah...itu nanti PERLU SAYA JAWAB DI HADAPAN ALLAH...apa saya LAKUKAN DGN ILMU YANG ALLAH BERIKAN???ANDA jelas...sekarang???

Maaf kalau kata-kata saya menyinggung perasaan sebahagian anda...tapi LIHATLAA DUNIA...DENGAN MATA & KEBERSIHAN HATI ANDA...JANGAN SESEKALI BERPRASANGKA BURUK PADA ORG LAIN...tak faham tanya?...Jangan fitnah org yang bukan-bukan...

Apapun saya sedia memaafkan mungkin threadnie masih baru BELUM CUKUP FAKTA DAN MAKLUMAT UNTUK SAYA BAWAKAN PERKONGSIAN AGAR ANDA LEBIH TERBUKA DAN DAPAT MELIHATNYA DARI PERSPEKTIF YG LEBIH LUAS...

Maaf sekali lagi sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dr kelemahan saya sendiri....

Assalamualaikum...moga kita berolah ikhtibar dr pengalaman ini...

Begitulaa ceritanya segelintir daripada kita….YANG KATANYA MALAYSIA DAH 50 TAHUN MERDEKA DGN BANGGANYA…TAPI SAYANG PEMIKIRAN DAN JIWA MASIH LAGI DIJAJAH!!!...MASIH BERANGGAPAN DAN MEMEGANG PRINSIP AGAMA DAN KEHIDUPAN DUNIAWI HARUS DIPISAHKAN…SEDANGKAN HAKIKAT YANG SEBENARNYA “ DUNIA INI JAMBATAN KE AKHIRAT, KALAU DAH DIPISAHKAN MACAM MANA PULA”…TEPUK DADA TANYA DIRI???Renung-renungkan sejenak….

Apapun DUGAAN , insyaAllah saya tidak akan berpatah hati untuk meneruskan dakwah dan jihad saya dengan ACUAN YANG ALLAH LORONGKAN…untuk membina keluarga yang bahagia bukanlah satu pengisian yang mudah…MENUNTUT ILMU, PEMANTAPAN IMAN…USAHA DAN KOMITMEN SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT…Teringat saya pada salah seorang PAKAR KAUNSELING KELUARGA yang juga PENSYARAH yang saya kagumi Prof.Madya Dr Lily…menerusi pengalaman dan penerokaan beliau dalam bidang kaunseling keluarga dan rumahtangga menyatakan bahawa HUBUNGAN DALAM KELUARGA ADALAH SESUATU YANG MESTI DIUSAHAKAN…Nah!!! Nampak tak disini…SESUATU YANG MESTI DIUSAHAKAN…bukannya dah tanam pastu biarkan shj…ibarat pokok tanpa air, baja dsbgnya…jawabnya kering…layu dan mati terkulai…begitulah PENGISIAN YANG DITUNTUT DALAM MENJANA KELUARGA YANG BAHAGIA DAN DIRAHMATI ALLAH…semua aspek kena ambilkira …”AWARE”..InsyaAllah dengan iringan usaha, doa juga pendekatan-pendekatan yang diambil ke arah membina keluarga impian saya percaya Allah pasti akan memakbulkan permintaan kita…
Pendek kata suami isteri sama-sama saling memahami…berusaha untuk memberikan YANG TERBAIK dalam erti kata memburu pengiktirafan Allah dan ingin bahagia bersama-sama di akhirat yang kekal, insyaAllah itulah jugalah nanti hasil tuaiannya yang BAKAL ANDA PEROLEHI...nakkan hasil kenalah berusaha, bukan duduk sesaja..betul tak???

Apapun semoga PAPARAN ini memberi ikhtibar, pengajaran dan manfaat untuk kita memberikan HAK kita yang terbaik dalam kehidupan berumahtangga…

Ilmu Allah sangat luas...sama-sama kita integrasikan bagi kelangsungan kehidupan yang bahagia di dunia dan akhirat...Amin...InsyaAllah...


Tampil langsing dan menawan dihiasi dengan akhlak dan peribadi Muslimah ...antara RAHSIA PENYELAMAT SUAMI DI AKHIRAT KELAK...

Mulakan langkah pertama ANDA DENGAN MELENGKAPKAN INVENTORI LANGSING MINDA SUPER...berminat sila email ke nqalpha43@yahoo.com dengan SEGERA!!! BERTINDAK SEBELUM TERLAMBAT...ANGPAU RAYA RM50 mungkin menjadi milik anda!


P/S : Bukan sekadar para isteri sahaja tapi juga rakan-rakan wanita,gadis yang menghadapi masalah berat badan IZINKAN SAYA MEMBANTU ANDA MEREALISASI IMPIAN DIRI ANDA...yang mana bakal bergelar raja sehari, nak balik kampung takut ditegur mak mertua atau sedara mara...ada gathering mahupun majlis, baru lepas bersalin dll...insyaAllah berbekal lebih 5 tahun dalam konsultasi produk, RESEARCH PAPER ~ PERKAITAN OBESITI DAN KONSEP KENDIRI (SELF ESTEEM) dan PENEROKAAN DALAM BIDANG KAUNSELING ~ BAGAIMANA MENANGANI HALANGAN-HALANGAN MINDA & MATIVASI SERTA KEHEBATAN KUASA DOA, NIAT, MEDITASI DAN SAINS MINDA AKAN DIGARAPKAN SECARA HOLISTIK KE ARAH PENCAPAIAN MATLAMAT ANDA...

Beri ruang..beri peluang ...ANDA MAMPU MELAKUKANNYA!!! PERCAYALAH...


Salam Ukhwah;
Pn Aniz Hj Anwar ~ 012-3915362 /YM : nizwar75@yahoo.com
Master In Counselling
Counsellor / Therapist / Trainer
Nur Qudrah Holistic Solution

No comments: