Sunday, September 2, 2007

Rahsia Langsing Dengan Teknik Minda Super

Lain dari yang lain ~ Rahsia Langsing Dengan Teknik Minda Super Sedar???

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca yang budiman, alhamdulillah dengan izin Allah di pagi yang hening saya berkesempatan untuk menitipkan ilmu, pengalaman juga perkongsian yang dilalui sepanjang terlibat dengan konsultasi pengurusan berat badan khususnya buat para ibu, para isteri yang mementingkan kesihatan dan penampilan diri.

InsyaAllah menerusi siri perkongsian ini saya akan MEMANFAATKAN RESEARCH PAPER saya yang bertajuk ”OBESITI DAN HUBUNGANNYA DENGAN SELF ESTEEM (KONSEP KENDIRI)” DISAMPING KUNCI DAN JUGA RAHSIA-RAHSIA PENTING YANG PERLU DIKETAHUI UNTUK MENDAPATKAN BERAT SERTA PROPOSIONAL TUBUH IDAMAN.

BAGAIMANA IDEA LANGSING DENGAN KAEDAH MINDA SUPER SEDAR TERCETUS???
Sejak 2003, saya banyak menulis berkongsi pengalaman, pengetahuan dan maklumat tentang pengurusan berat badan. Pelbagai asam garam, warna-warna kehidupan yang dikongsikan bersama saya. Tidak dinafikan fitrah manusia cenderung dan tertarik kepada sesuatu yang indah dan cantik apatah lagi bergelar seorang wanita. Namun realiti kehidupan tidak seindah dan semudah itu apatah lagi setelah bergelar isteri dan ibu. Ibarat belon yang telah ditiup (ketika mengandung) tiba-tiba kempis...adapula yang tak kempis-kempis , tak gitu? Macam-macam istilah yang dibawakan nak tergelak pun ada , kasihan pun ada...proposional dan berat tubuh tak ubah ala-ala dugong terlepas, beruang terlepas dan pelbagai lagi.

Agaknya macam mana MAGIC sebegini boleh terjadi??? Masa anak dara dulu berat badan hanyalah sekitar 46kg, setelah bersalin anak pertama terus melonjak naik ke 60kg , anak kedua naik lagik 67kg...bukan tiada usaha dilakukan...DIET, MENGAMBIL UBAT @ PEMAKANAN PELANGSINGAN, EXERCISE, PERGI TREATMENT KE PUSAT-PUSAT KECANTIKAN tapi hasilnya TIDAK MENGEMBIRAKAN...bukan setakat ratusan ringgit adatu dah boleh beli sebijik kereta malah sebijik rumah...tapi lemak dan juga kedarak yang menyakitkan mata TETAP BERMAUSTAUTIN DI SITU...kenapalaa yer, payah sangat untuk MEREALISASIKAN IMPIAN YANG SATUNIE???

Sebenarnya sebelum ini saya banyak terlibat dengan TEKNIK MEDITASI, KUASA MINDA & DOA untuk membantu rakan-rakan niaga yang memerlukan bimbingan. Kebetulan kami sekeluarga diuji dengan arwah ibu didiagnose dengan kanser paru-paru...pengetahuan, pengalaman dan KEAJAIBAN MEDITASI, KUASA MINDA DAN DOA yang dilalui, saya cuba manfaatkan dalam rangka penulisan buku MEDITASI ISLAM. Akan tetapi nampak gayanya half way Allah berikan signal...siapkan dulu MODULE untuk tolong kawan-kawan di luar sana yang ingin menurunkan berat badan...sememangnya antara doa saya setiap waktu moga diberikan istiharah yang benar , dilorongkan jalan terbaik untuk saya memanfaatkan ilmu dan pengalaman yang dikurniakan Allah ini.Maka insyaAllah menerusi siri artikel (sebelum module lengkap dihasilkan) ini saya akan bawakan perkongsian penting untuk menurunkan berat badan.

KENAPA ANDA SERING MENEMUI KEGAGALAN DALAM MENCAPAI BERAT IDAMAN ???

Tanpa anda sedari ianya juga sebenarnya berkaitlangsung dengan RAHSIA MENGENAL DIRI...tak percaya cuba refleksikan kembali pengalaman anda. Baru-baru ini saya berkesempatan bercakap dengan Pn Ann (bukan nama sebenar) sepanjang perbualan kami tak henti-henti Pn Ann tergelak, agaknya terpana dengan lontaran idea-idea serta fakta yang saya ketengahkan. Komen beliau bukan takde usaha Pn Aniz...sungguh-sungguhnie berazam nak kurus punyalaa displin, diet, exercise, jaga makan, bersemangat tapi sayangnya paling lama pun 3 minggu lepas balik semula ke asal...iltizam, semangat & usaha semakin luntur apatah lagi melihat hasil yang mengecewakan.

Ianya TANPA DISEDARI ADA KAITAN DENGAN :

1) STRESS LEVEL ANDA
2) GAYA HIDUP
3) DIET DAN CARA PEMAKANAN
4) WARNA KEGEMARAN ANDA
5) PENDEKATAN YANG DIBERIKAN UNTUK MENURUNKAN BERAT BADAN ~ adatu nak kurus tapi sekadar sapu sliming gel shj diet tak jaga, minum air kurang KESILAPANNYA pendekatan yang diberikan tidak bersifat HOLISTIK maka payah energy nak kurustu nak direalisasikan
6) KEJUJURAN ANDA ~ ramai dikalangan kita TIDAK JUJUR dalam usaha untuk merealisasikan BERAT SERTA PROPOSIONAL TUBUH IDAMAN, betul tak???Tak percaya...CHECK THIS OUT!!! Hati cakap nak kurus, tapi minda pula bila tengok makanan sedap terhidang...Yummi! sedapnya rugik tak makannie...seterusnya tindakan....tangannie pun mencapailaa makanan yang terhidang...KESILAPANNYA DISITU hati, minda dan tindakan TIDAK SELARI...Jujur bukan senang sebenarnya untuk berjuang menakluki NAFSU DIRI...perlukan kekuatan, kefahaman, kesedaran dan iltizam yang tinggi untuk menanganinya. Menerusi kaunseling dan konsultasi anda akan dibantu menguasai kelemahan ini.
7) TERTIB DAN ADAB...mencapai MEDITASI ISLAM YANG MEMPUNYAI PERKAITAN LANGSUNG DENGAN RAHSIA HENING DAN MINDA SUPER SEDAR
8) CARA ANDA ”MELONTARKAN HAJAT @ IDEA NAK KURUS” ~ Sebenarnya inilah RAHSIA ADAB DAN SENI ”BERDOA” yang seringkali dilepas pandang.

NAK KURUS TAPI NAWAITUNYA ...???
Sambung balik cerita Pn Ann, kadangtu ramai di kalangan kita nak kurus tapi ”NAWAITU”NYA kurang tepat...ingin bergaya menarik perhatian orang lain yang bukan muhrimnya...pendek kata nawaitu tersebut yang diutamakan mencari pengiktirafan manusia...pakai bajutu cantik, ketat nampak slim, gitu..gini...Hee, macam mana gamaknya Allah nak izinkan ...Allah sayang kat kita DIA tak nak biarkan kita buat dosa....bila badantu berisi maka mana yang boleh ditutuptu..ditutuplah...takdelah didedahkan...Mendengarkan FAKTA dan HUJAH saya ...tegelak besar Pn Ann...haa ahlaakan...

Sebab itulah ...SETIAP HAJAT, DOA KITA BIARLAH LETAKKAN MENCARI PENGIKTIRAFAN ALLAH ITU YANG DIDAHULUI...nak turunkan berat badan....sebab tubuh ini juga suatu amanah...kalau dah kembang setaman....lemak-lemak dan kedarak mulai memulakan penempatan...macam mana badan nak sihat...mulalah sakit sana...sakit sini....darah tinggi, kencing manis, haid tidak teratur, kurang subur, cyst, fibroid dan macam-macam lagi...sama-sama kita usahakan...singkirkan lemak dan toksin yang tidak diingi!!! Jaga kesihatan...sayangi diri kita...supaya badan sihat, segar...minda cergas LEBIH MUDAH KITA MELAKUKAN IBADAH PADA ALLAH....barulah disusuli untuk kesejahteraan rumahtangga..untuk menambat hati ”roomate tercinta’....InsyaAllah andai itu yang dijadikan LANDSAN...saya yakin...perjalanan akan lebih lancar...lebih mudah apatah lagi dengan pendekatan TEKNIK LANGSING MEDITASI ISLAM ~ MINDA SUPER SEDAR ini...PERCAYALAH!!!It’s MIRACLES!!!Simple...semua energy akan dihalakan ke arah matlamat untuk mencapai berat idaman anda!!!

InsyaAllah menerusi siri konsultasi yang diberikan anda akan diberi bimbingan, pendedahan dan celik akal dalam merealisasikan BERAT IDAMAN. Kedatangan Ramadhan yang mulia yang penuh berakah ini sama-samalah kita manfaatkan untuk MENSENERGIZEKAN KEMBALI IMPIAN DIRI YANG LAMA TERENDAM DAN TERPENDAM....BOLEH SEBENARNYA, TAK SUSAH!!!PERCAYALAH...
Amalan bersahur yang didahului dengan qiamulail, solat tahajud, hajat dan yang lain insyaAllah...KEAJAIBAN mampu anda realisasikan...


Integrasi displin ilmu kaunseling yang berkait langsung dengan teori perkembangan personaliti ~ bagaimana mengenal diri, merasionalkan pemikiran yang berunsur negatif yang menghalang anda, MOTIVASI DIRI, perkongsian pengalaman juga pengetahuan mengendalikan khidmat runding pengurusan berat badan PLUS BONUS MEDITASI MINDA SUPER SEDAR tidak anda temui di tempat lain , insyaAllah MAMPU MENCERIAKAN DAN MEREALISASIKAN HASRAT MEMILIKI BERAT IDAMAN YANG KIAN LAMA TERPENDAM...

Jangan malu...jangan segan!!! Remember sebagai hamba Allah...”TUBUH KITA JUGA SEBENARNYA AMANAH DARI ALLAH SWT YANG PERLU DIJAGA”....Sebagai ibu, sebagai isteri apatah hidup di zaman milinieun yang serba canggih dan tidak pernah terpisah dari stress...”HARGAILAH DIRI ANDA, SAYANGILAH DIRI ANDA!!!Dalam sibuk-sibuk kita berkorban untuk orang lain jangan sampai diri terkorban...jangan jadikan penampilan diri serta berat badan yang semakin hari semakin melonjak naiknya sebagai ALASAN suami tercinta berpaling kasih....jangan sampai sudah terantuk hendak terngadah...berat dan pedih nanti untuk melaluinya...

Pengalaman dalam bidang kaunseling, khidmat runding dan perawatan banyak menyaksikan kisah-kisah duka kehidupan para isteri dan ibu teraniaya antara alasan yang diberikan si suami...itulah dianya...isteri gemuk, tak cantik, selekeh, tak pandai jaga diri....Amboi!!! Sedapnya mulut ek tak insuran..(hee...pro wanita skejap!!! Jangan marah ahh) Mana taknya...kalau siang malam asyiklah sibuk NURTURE insan-insan tersayang...mencari rezeki bersama suami, kerja rumah, kebajikan suami dan anak-anak ~ makan, minum, pakai mereka, pendidikan anak-anak itu tak masuk lagik BAB ENTERTAIN ”BIG BABY” night shiftnya....tu yang jadi magik dulu slim bak kerengga sekarang mak datuk...macam mengandung 7 bulan...pulaktu caesarian...

Ya Ampun!!! Tension-tension duit habis berpuluh ribu...tapi slimnyer tidak juga...tipulah produknie tipulah programnie!!!Hee...bukan tipu sbenarnya...cuba halusi betul-betul silap haribulan yang mengamalkan produk pelangsingan atau programtu yang menipu...macam yang saya kongsikan di awal artikel tadi...TIADA KEJUJURAN DALAM MEMBERIKAN KOMITMEN (nak kurus tapi hati, minda dan perbuatan TAK SELARI maka macam mana energy nak kurustu nak pergi laju dan BERKESAN???Renungkan sejenak... TAMBAH PULA KURANG PENGETAHUAN TENTANG RAHSIA AN TIPS-TIPS PENTING UNTUK MENURUNKAN BERAT BADAN...

Ikuti catatan pengalaman saya dalam TEKNIK MEDITASI ISLAM ~ MINDA SUPER SEDAR UNTUK MENURUNKAN BERAT BADAN

1/1/2007 ~ Berat 64.5
(Menerusi gabungjalin meditasi Islam, tahajud, doa dan visualisasi yang dilakukan)
25/1/2007 ~ Berat 57.5kg

Ingin mengetahui rahsianya???Berminat???Jangan berlengah lagi....hubungi saya untuk sesi konsultasi dan khidmat runding.


Salam Ukhwah;
Pn Aniz Hj Anwar ~ 012-3915362
Master Science In Counselling
Netprenuer / Therapist
Nur Qudrah Holistic Solution

No comments: