Thursday, September 13, 2007

Rahsia Langsing Menawan Penyelamat Suami Di Akhirat Part 1

"RAHSIA ISTERI LANGSING MENAWAN PENYELAMAT SUAMI DI AKHIRAT"

Salam buat semua yang sudi melayari bicara ilmu TEKNIK LANGSING MINDA SUPER...

Ramai di kalangan rakan-rakan di luar sana menghadapi masalah berat badan, bukan? Pelbagai usaha, pengorbanan masa, wang ringgit , tenaga semata-mata untuk MENGECAPI BERAT IDAMAN...namun seringkali juga ianya GAGAL DAN MENGECEWAKAN, DI MANA SILAPNYA???

Nak-nak para-para isteri dan ibu, selepas melahirkan anak dari saiz S semasa anak dara terus melompat ke XL nak pula yang menjalani pembedahan ketika melahirkan. Sakitnya jiwa, raga dan seksanya melihat diri tidak seseksis dulu..benjol disana, benjol disini...memacam dah kaedah dilakukan....yang ambil jamu, produk, menjalani program slimming....pendek kata kalau dikumpul silap haribulan mencecah puluhan ribu (nak-nak yang berduit dan cik abang pula baik hati sponsor) Tapi tak semuanya beruntung begitu, adakalanya komitmen kewangan, kesibukan dengan tanggungjawab merangkap multiple roles ibu, isteri, anak, pekerja...asyik sibuk melayan orang lain diri sendiri terpinggir tanpe belaian dan perhatian. Hemm..mujur abang roomate tak merungut...kalau merungut BERHATI-HATILAH, bukan ingin menakutkan tetapi pengalaman terlibang dalam bidang kaunseling dan perawatan menyaksikan UNGKAPAN-UNGKAPAN..isteri tak menarik, tak pandai jaga diri, berserabai, gemuk macam ikan buntal dan macam-macam lagi pernah menjadi halwa telinga ini...(Sabarjerlaa, ader ke patut cakap macamtu...dahlaa isteri banyak berkorban rasa dan tenaga...ini dikomplain begitu...memang spesis tak reti bersyukur, kalau baik hati "MENSPONSOR" atau MENYEDIAKAN RESOLUSI takpelaa ini merungut pula..eloknyakan SUMPAH DIA BALIK GEMUK MACAM IKAN BUNTAL, ye tak?Mulut tak insurans...hee...teringat pengalaman di kampus ada seorang Junior perempuan masyaAllah badan dia memang XXXL kalau orang pandang-pandang senyum-senyum itulah jawapan dia...apa akak gelak-gelak pandang...saya sumpah akak jadi macam saya kang...(Waktu saya tengah mencari bahan di library, cik kak jaga librarytu dok interview dia....gelakjer lak saya dari jauh bila terdengar perbualan mereka)


KENAPA SAYA BEGITU BERIA MENGETENGAHKAN TEKNIK INI???
Mungkin ada yang bertanya...mengapa saya begitu beria mengetengahkan isu dan pendekatan ini...JAWABNYA CUKUP MUDAH!!!
1) Sebab saya kasih dan sayangkan kaum sejenis saya, cukup sudah paparan,momokan yang dinyanikan di telinga saya setiap kali berhadapan dengan konflik mahupun isu rumahtangga...YES!! COUNSELLING IS A TALKING CURE tapi alangkah BAGUS DAN BAIKNYA KALAU SAYA DIBERI PELUANG DAN DAPAT MEMBANTU RAKAN-RAKN DI LUAR SANA ....BUKAN SETAKAT BERCAKAP SAHAJA TAPI JUGA DARI SEGI PERLAKSANAAN SECARA TOTAL...KE ARAH TRANSFORMASI DIRI YANG DIIDAMKAN...bukan sahaja cantik secara FIZIKAL tapi juga mantap dari segi kewibawaan wanita dan personaliti diri maka taklah jadi mangsa diperkotak-katikkan oleh suami yang tergolong dalam spesis tak reti bersyukur tadi.

2) InsyaAllah dengan keikhlasan kita MEMBURU REDHA ILAHI...MEMELIHARA TUBUH SBG SATU AMANAH DISERENTAKKAN UNTUK MENJAGA KEBAHAGIAN RUMAHTANGGA...menambat kasih suami agar tidak pudar warna mahupun beralih-arah (al-maklum sekarangnie anak dara, mak dara kadang depa tak kira dah...suami orang ker datuk orang...dah kelabu mata yang janji dapat menumpang kasih mahupun menumpang RM, katanya) MAKA sebelum terjebak dalam KONFLIK sebegitu sebagai isteri yang mithali dan solehah...pandai-pandai merawat dan menjaga diri agar suami tidak terpanah matanya dengan godaan-godaan di luar sana...Kesian! Suami gara-gara para isteri alpa menjaga penampilan dan peribadi serta akhlak suami terjebak dengan maksiat dan dosa...silap aribulan dipukul dipalu di akhirat kelak...lepak-lepak dgn Firaun, Abu Jahal...dan spesis-spesis kayu api yang lain...Nauzubillahminzalik...

Jadi isteri zaman sekarang kena bijak dan berilmu...ada taktik dan strategi untuk menawan hati suami dengan cara yang berhikmah dan bijaksana...segenap aspek kena "AWARE"...jangan takut @ banyak fikir untuk berbelanja untuk kebajikan diri...asyik sibuk berjimat sangat untuk kepentingan kelaura yang tak kena pada tempatnya...akhirnya diri yang menggingit jari bilamana...perhatian suami beralih arah...

Pernah satu kes singgah ke NQ untuk rawatan dan kaunseling...Pn Z berusia dalam lingkungan 40-an mengakui kesibukan beliau mengendalikan kerjaya dan keluarga menyebabkan beliau alpa dalam menjaga dan merawat diri, bila suami bermain mata...BARULAH Pn Z..."TERBUKA MATA"...menyesali kealpaan diri...(moga-moga insiden ini tidak hadir dalam perjalanan rumahtangga kita...dah terantuk baru nak tengadah...perit perjalanannya nanti)

Bukan setakat itu sahaja untuk menambat kasih dan membina keberkatan dalam rumahtangga aspek lain juga kena DIPELIHARA...akhlak, peribadi, layanan dan sewaktu dengannya diupgradekan bersama...DOA JANGAN LUPA...IANYA SENJATA MUKMIN...

Solat berjemaah, mengisi masa dan aktiviti bersama, jujur dan terbuka dalam berkomunikasi, bertimbang rasa, tolong-menolong, persefahaman, menghargai antara satu sama lain dan banyak lagi haruslah diterapkan dalam keluarga. Tambahan dari segi KAUNSELING DAN PERKEMBANGAN PERSONALITI anak-anak MENCERAP DENGAN BAIK SETIAP NILAIAN BAIK DAN BURUK YANG DIPAMERKAN IBU BAPA..."MENCERAP DGN BAIK" sebab itu gaya dan budaya hidup yang negatif yang tidak bertepatan dgn norma atau syariat Islam akan TERUS DIAMALKAN...MENJADI PROSES DUPLIKASI APABILA MEREKA DEWASA DAN BEKELUARGA...jadilah penyakit keturunan jika tidak dirawat dan diberi intervensi...tidak bertanggungjawab, rumah bersepah, pemalas, panas baran, berzina, mencuri, bercakap bohong, meninggalkan solat dsbgnya...AKAN DITERIMA SBG SATU NILAI DAN BUDAYA dalam dirinya....jika begitu perjalanannya...Nauzubillahminzalik...sia-sia hidup di dunia macam buih-buih yang Rasulullah saw sebutkan dalam hadisnya...bukankah umat Islam ini KHALIFAH DI BUMI ALLAH??? Emmm...nak jadi khalifah kena ada ilmu..kena ada STRONG KAREKTOR...kalau itu semua carca marba dalam proses pembesaran meraka apa ceeta...renung-renungkan sejenak???Fikir-fikir...


Tampil langsing dan menawan dihiasi dengan akhlak dan peribadi Muslimah ...antara RAHSIA PENYELAMAT SUAMI DI AKHIRAT KELAK... Mulakan langkah pertama ANDA DENGAN MELENGKAPKAN INVENTORI LANGSING MINDA SUPER...berminat sila email ke nqalpha43@yahoo.com dengan SEGERA!!! BERTINDAK SEBELUM TERLAMBAT...ANGPAU RAYA RM50 mungkin menjadi milik anda!

Salam Ukhwah;
Pn Aniz Hj Anwar ~ 012-3915362
Master Science In Counselling
Therapist / Trainer
Nur Qudrah Holistic Solution

No comments: