Wednesday, September 10, 2008

PENGALAMAN PENGASAS NQ DGN ZAMAN KEMBANG KUNCUPNYA PART 1

Salam Ramadhan buat semua...

Terima kasih krn sudi melayari laman blog ini...

Lama saya tidak mengupdate perkongsian disini lantaran kesibukan harian dan kesan mabuk hamil...syukurlaa melewati waktu masuk semster kedua alhamdulillah kesan mabuk itu sudah mulai kurang.

Bercerita tentang MASALAH BERAT BADAN memangnya tidak dapat dipisahkan dengan wanita khususnya. Ibaratnya dari SAIZ S zaman anak dara tidak mustahil selepas berkahwin dan melalui PROSES KELAHIRAN mengembang hingga SAIZ L mahupun XL. Itulah sebahagian catatan pengalaman kembang kuncup saya..

Zaman Anak Dara (1998) : 46kg (niepun dah kira kritikal beratlaanie normal dlm lingkungan 42kg shj)...saksikan nanti proses transformasinya...hee...hee

Waktu Kahwin (1999) : 48kg

Selepas Anak Seorang (2000) : 68kg (macam nak nagis rasanya macam-macam ubat kununnya ditelan sebut shjlaa dr herba hinggalaa ke duramin)
Tahun 2002 : Setelah penat mencuba akhirnya atas saranan rakan saya mendapatkan khidmat Dr Maizon BTS ...fergghh! memang puas hatilaa dr berat yang hampir menyinggah 70kg kuncup sekitar 62kg...(2 bulan sya menjalani konsultasi dgn BTS pastu control sendiri..ilmu dah ada...minum air bergelen-gelenlaa setiap hari...pergi tandas toksah ceeta macam paip bocor)

Selepas Anak Kedua (2003) : Alhamdulillah dah kuncup sekejap Allah beri rezeki saya hamil utk zuriat kedua...tawaran PENGAJIAN MASTER terpaksa saya post-pone ke semester May 2003...alhamdulillah ilmu & pengalaman yg dikutip sebelum ini saya manfaatkan...sungguhpun berat badan tidak naik mendadak tapi MASIH TIDAK BERPUAS HATI...64kg...boring betul!!!Cuba mendapatkan khidmat BTS sekali lagi tetapi kalini SAYA BENAR-BENAR tidak dapat menangani symptom bahan kimia yg terdapat di dlm menjayakan misi kembali langsing...kepala sakit berdenyut-denyut tambahan pula dengan anak kecil, bekerja dan pengajian saya mendapat darah tinggi. Dan kesan lainnya pula perjalanan haid jadi terganggu apatidaknya KEDARAK & TOKSIN meriah di dalam badan. Impulse dr otak untuk memberikan arahan kpd rahim utk kedatangan HAID tak jumpa jalan banyak sangat semak-samun dan road-block...(itulah sebhgn komentar Gynae saya)

Hinggalah saya diketemukan dgn forum KMC...setiap hari membaca paparan TESTIMONI YG MENCUBA PRODUK BIODEX...dlm masa sebulan boleh lost 6kg ~ 10kg tambah pula digabung dgn produk DCL waktu itu...colon cleanser, honey amazing & be one multigel (Sebhgn TESTIMONI YG MENCATATKAN KEAJAIBAN ada saya kongsikan di dlm blog infolangsing). Secara jujur, setelah kegagalan mencuba pelbagai jenis produk saya sangat SKEPTICAL dan BERHATI-HATI...tetapi keikhlasan & kejujuran forumer berkongsi pengalaman berjaya membuka pintu hati saya utk mencuba (hampir sebulan juga saya menjadi pemerhati disitu). PUNCANYA hanya satu saya TERSENTAK DAN TAKUT apabila membaca artikel perubatan yang menyentuh tentang ketidakseimbangan hormon, perjalanan period yg tidak betul boleh mengundang cyst, fibroid dan kanser utk jangka masa panjang...SAYA TAKNAK JADI MACAMTU!!! HEALTH IS VERY IMPORTANT TO ME...kalau dah kaya banyak duit sekalipun takkan mampu membeli harga kesihatan apatah lagi nyawa...apatah lagi waktu ini saya telah didedahkan dgn DUNIA KAUNSELING...tentang kepentingan untuk menghargai, menyayangi diri sendiri...HIDUP AKAN LEBIH BERMAKNA BILA KITA MENYAYANGI DIRI KITA...jika tidak,tidak mustahil sia-sia shj segala pengorbanan dan kebaikan yg dilakukan ibarat lilin yg membakar diri...akhirnya terkorban...

Tambah pula RESEARCH PAPER saya sendiri menyentuh tentang HUBUNGAN OBESITI DAN KONSEP KENDIRI (SELF ESTEEM) tambah banyaklaa maklumat & PENEMUAN yang saya perolehi drpd literature review dan kajian-kajian yang diperolehi. Ada hubungkaitnya dgn KESEJAHTERAAN DIRI INDIVIDU...

Februari 2003 : 64kg
June 2003 : 57kg (Lepas Junenie saya dah tak ambil produk sekadar control sendirijek)
August 2003 : 55kg

Alhamdulillah berat badan ini berjaya saya pertahankan hingga August 2007..ada jugalaa naik sedikit tapi dgn ilmu & pengalaman bukan lagi sesuatu yg sukar untuk menyingkirkannya...

Hinggalah...detik yang AGAK TRAGIS berlaku dlm hidup saya...ujian yang pasti dilalui setiap hambaNYA di dunia ini...kehilangan insan tercinta...pemergian armarhummah ibu yang dikasihi ke rahmahtullah dan perjuangan getir membantu beliau berhadapan dgn kanser tahap akhir...

No comments: