Wednesday, September 10, 2008

PENGALAMAN PENGASAS NQ DGN ZAMAN KEMBANG KUNCUPNYA PART 2

Alhamdulillah bersambung lagi...

Perkongsian,penerokaan ilmu dan pengalaman dan juga RESEARCH PAPER saya banyak membantu diri saya sendiri dan juga rakan-rakan dalam menjayakan impian utk mendapatkan kembali PROPOSIONAL TUBUH DAN BERAT YANG DIIDAMKAN walaupun dengan belanjawan yang agak terhad...YANG PALING PENTING ADALAH KESEDARAN DAN KEKUATAN MOTIVASI DALAMAN...Syukur latar belakang kaunseling banyak membantu saya ...maka tidak hairan sekitar tahun 2003 hingga 2005 sebut shj nama saya aniz @ nizwar75 pastinya akan teringat dengan penulisan artikel tetap KONGSI ILMU TAMPIL LANGSING YANG MENCECAH PART 1 hinggalaa 60 di RJ yang mencecah puluhan ribu ahli...perkongsian saya bukan sekadar bicara tentang langsing tetapi juga menjurus kpd memupuk keharmonian institusi keluarga & rumahtangga yang dikupas dr perspektif Islam dan kaunseling itu sendiri.

Benarlah kejujuran & keikhlasan untuk memakmurkan bumi Allah, membantu saya menempa nama berniaga secara online tambahan pula dgn sokongan arwah ibu...ayah dan juga suami. Siapa sangka dengan multiple ROLES bergelar isteri, ibu, pelajar, pekerja masih sempat lagi melayani pelanggan...bila diimbas kembali KAPASITI TENAGA FIZIKAL saya sememangnya digunakan pada tahap maksimum.

Hinggalah April 2006 saya diuji dgn demam denggi...kawan-kawan yang mengenali saya menegur...ingat Kak Kamisah rakan niaga DCL saya waktu itu...itulah aniz kerja kuat sangat...bila saya renungkan kembali kata-kata beliau ada BENARNYA!!! dgn rutin yg sangat sibuk saya alpa dan leka menjaga kebajikan diri...kalau batuk & demam toksah ceritalaa kerap jugalaa menyerang...rupa-rupanya itulah sebahagian SYMPTOM STRESS...mula-mula Doktor bagitau & memberi komen bahawa sayanie STRESS, macam tak nak ngaku!!! Hinggalah saya sendiri menghadiri KULIAH STRESS MANAGEMENT yang termasuk salah satu subject untuk melengkapkan MASTER saya...

Ramai yg terlepas pandang STRESS bukan shj bermaksud melalui BEBANAN EMOSI...gangguan fikiran dsbgnya STRESS JUGA BERPUNCA DRPD JADUAL HARIAN YANG KETAT...KOMITMEN KEHIDUPAN YANG OVERLOAD...namun sekadar beban fizikal spt yg saya lalui akibat komitmen keluarga, rumahtangga, kerjaya & pelajar tidaklaa seberat mana...BERBANDING BEBANAN EMOSI...

Tahun 2006 hinggalah 2007 merupakan tahun-tahun getir & ujian bagi saya sekeluarga...

April 2006 ~ saya diuji dgn demam denggi yg agak serius kesan platlet yg rendah saya terpaksa on & off MC...hinggalah saya membuat keputusan untuk meletakkan jawatan. Kebetulan INTERNSHIP MASTER memerlukan komitmen dan alhamdulillah perniagaan yang dulunya hanyalaa sekadar pendapatan sampingan memberikan pulangan yang syukur alhamdulillah. Bukan itu shj selaku anak tunggal saya INGIN SEKALI MENIKMATI HARI-HARI INDAH DLM RUANG YG ADA menghabiskan masa bersama ibubapa tercinta khususnya ibunda tercinta...PENYUSUNAN ALLAH SANGAT AJAIB...segalanya bagai direncana dgn begitu baik & tersusun sekali.

October 2006 ~ Ibu batuk keras...sebulan sepanjang Ramadhan ibu batuk dan tak selera makan...menjadi kebiasaan kalau tak sakit sangat susah sungguh nak bawa ibu ke klinik @ hospital. Bebrapa kali berulang-alik ke KLINIK BIASA...Doktor sekadar berikan ubat & nebolizer...Hinggalaa 6 Syawal kami gegaskan ibu ke DEMC...rupa-rupanya hampir 60% paru-paru kiri ibu dipenuhi air...patutlah ibu mengaduh letih dan penat bila berjalan...tidur tak boleh berbaring hanya duduk..dgn tiada pengalaman ibu dirujuk ke HTAR...hampir 10 hari saya menjaga ibu disana...masih juga tidak dapat dikenalpasti puncanya...

December 2006 ~ kali kedua ibu ibu ditahan ketika membuat rawatan susulan di HTAR barulah penyakit ibu dapat dikesan...rupa-rupanya ibu mengidap barah paru-paru tahap akhir...saat pertama kali ibu dimaklumkan ibu cukup tenang...masih tergambar redup ketenangan wajah ibu yang tidak lepas dgn tasbih berzikir...Takpelaa! Dah bahagian mak..nak buat macam mana..mak redha. Banyak pengalaman yg saya pelajari sepanjang hampir 14 hari menjga ibu disini...saya belajar erti pengorbanan, saya belajar erti kasih sayang...syukurlah walau ditakdirkan saya anak tunggal saya berupaya menggalas tanggungjawab sbg anak yg setia disisi ibu menemani berbanding mereka yg ditakdirkan anak ramai tapi masih berkira untuk berkorban untuk ibu @ ayah tercinta...waktu menziarah ibu masih tegar menyuarakan kesibukan, janji tapi mungkiri...pasti hati ibu yang merangkak senja di saat kudrat tidak berdaya berlagu sedih cuma mungkin tidak dapat disuarakan...

Ingat lagi setiap pagi saya akan bersihkan ibu, bersarapan bersama ibu...dr satu sudut selalu saya dapat rasakan ada mata yang mengerling...memandang sayu...kasihan saya mendengar cerita makciknie dia punya anak lelaki 2 org...jatuh dlm bilik air...sambil dia memerhati kami dr jauh dia akan mengeluhkan nasib dirinya..bahagian masing-masing...Satu perkara yg saya pelajari...KASIH SAYANG, DOA..sangat penting...berdoalaa moga kita dikurniakan ZURIAT YG MAMPU BERBAKTI UTK KEDUA ORG TUANYA...

Feb 2007 ~ August 2007 : Ibu meneruskan rawatan susulan di SJMC...kanser sememangnya PENYAKIT YANG SANGAT MAHAL KOSNYA...bayangkan sekitar 10 bulan membantu ibu merawat perjuangan kansernya perbelanjaan hampir mencecah RM100K ...mungkin kesilapan abah tidak mengambil insurans perubatan...tapi ALLAH ITU MAHA ADIL & KAYA mujurlah tabungan peribadi membantu membiayai kos perubatan ibu. (Para nurse, Doktor khususnya di Chemo Day Care sangat akrab dgn ibu...maklum shj boleh dibilang dgn jari warga Melayu yg menjalani rawatan disitu jika ada 10 pesakit dlm seorg dua shj...itupun dikalangan golongan berada & datuk-datin...tambah pula keramahan ibu dan kelembutan ibu ramai yg rajin melayan ibu). Saat memaklumkan pemergian ibu dapat saya lihat air mata berlinang dan berkilat di mata jururawat yg akrab dgn ibu)

Seperkara HIKMAH YANG SANGAT MAHAL HARGANYA saya perolehi ketika UJIAN INI adalah PENEROKAAN TENTANG KEAJAIBAN SAINS MINDA, MEDITASI & KUASA DOA.(Alhamdulillah hasil penerokaan dan hikmah perjuangan inilah yg saya bawakan dlm MODULE KLINIK SUKSES ~ sebahagian besar perkongsian itu ADALAH PENGALAMAN PERIBADI SAYA SENDIRI MEMBANTU PERJUANGAN IBU & DIRI DLM MENJAYAKAN MISI & CITA-CITA...dan alhamdulillah hampir setahun NUR QUDRAH HOLISTIC SOLUTION beroperasi TERAS INI juga saya bawakan dlm membantu rakan-rakan nampaknya bagi mereka yang konsisten, jujur, sabar dan berani untuk menakluki musuh paling ganas dlm dunia iaitu DIRI SENDIRI ~ kejayaan & transformasi impian menyebelahi mereka)

1/8/2007 ~ ibu pergi buat selama-lamanya. Selama ini saya membantu para klien berjuang dgn kehilangan insan tercinta termasuklaa yg isu penceraian,putus cinta dan kematian. Rupa-rupanya bukan mudah melalui EPISOD INI...MUJURLAH KULIAH INTERVENSI KRISIS...membantu saya LEBIH MEMAHAMI perjalanan yg dilalui...

August 2007 : Berat sekitar 57kg ~ 60kg
4 May 2008 : Berat mencecah 70kg ( dlm masa yg agak singkat berat saya naik mendadak)
9 May 2008 : Alhamdulillah tremendous result....catatan terbaik saya sepanjang 2003 ~ 2008 I've LOST 5.5kg WITHIN 5 DAYS..macam manatu ???Senang shj...



Memang benar sekali hasil PENEROKAAN,PEMERHATIAN & KAJIAN yang saya dilakukan...STRESS seringkali menjadi ANCAMAN DLM MISI MENDAPATKAN BERAT IDAMAN.Itulah sebahagian IMPAK GRIEVING @ KESEDIHAN yang saya lalui..stress mampu menjadi PEMANGKIN YANG MANA IBARAT "YEAST" dlm badan...nak kata makan banyak tidak jugak tapi hakikatnya itulah yang berlaku makin hari makin berkampung lemak & kedarak.

Ingin mengetahui RAHSIANYA BAGAIMANA SAYA MENYINGKIRKAN hampir 5.5kg dlm masa 5 HARI...DGN KOMBINASI SAINS MINDA, STRATEGY & PRODUK...hubungi saya untuk temujanji sesi secara online ataupun bersemuka.

No comments: