Wednesday, September 10, 2008

PENGALAMAN PENGASAS NQ DGN ZAMAN KEMBANG KUNCUPNYA PART 2

Alhamdulillah bersambung lagi...

Perkongsian,penerokaan ilmu dan pengalaman dan juga RESEARCH PAPER saya banyak membantu diri saya sendiri dan juga rakan-rakan dalam menjayakan impian utk mendapatkan kembali PROPOSIONAL TUBUH DAN BERAT YANG DIIDAMKAN walaupun dengan belanjawan yang agak terhad...YANG PALING PENTING ADALAH KESEDARAN DAN KEKUATAN MOTIVASI DALAMAN...Syukur latar belakang kaunseling banyak membantu saya ...maka tidak hairan sekitar tahun 2003 hingga 2005 sebut shj nama saya aniz @ nizwar75 pastinya akan teringat dengan penulisan artikel tetap KONGSI ILMU TAMPIL LANGSING YANG MENCECAH PART 1 hinggalaa 60 di RJ yang mencecah puluhan ribu ahli...perkongsian saya bukan sekadar bicara tentang langsing tetapi juga menjurus kpd memupuk keharmonian institusi keluarga & rumahtangga yang dikupas dr perspektif Islam dan kaunseling itu sendiri.

Benarlah kejujuran & keikhlasan untuk memakmurkan bumi Allah, membantu saya menempa nama berniaga secara online tambahan pula dgn sokongan arwah ibu...ayah dan juga suami. Siapa sangka dengan multiple ROLES bergelar isteri, ibu, pelajar, pekerja masih sempat lagi melayani pelanggan...bila diimbas kembali KAPASITI TENAGA FIZIKAL saya sememangnya digunakan pada tahap maksimum.

Hinggalah April 2006 saya diuji dgn demam denggi...kawan-kawan yang mengenali saya menegur...ingat Kak Kamisah rakan niaga DCL saya waktu itu...itulah aniz kerja kuat sangat...bila saya renungkan kembali kata-kata beliau ada BENARNYA!!! dgn rutin yg sangat sibuk saya alpa dan leka menjaga kebajikan diri...kalau batuk & demam toksah ceritalaa kerap jugalaa menyerang...rupa-rupanya itulah sebahagian SYMPTOM STRESS...mula-mula Doktor bagitau & memberi komen bahawa sayanie STRESS, macam tak nak ngaku!!! Hinggalah saya sendiri menghadiri KULIAH STRESS MANAGEMENT yang termasuk salah satu subject untuk melengkapkan MASTER saya...

Ramai yg terlepas pandang STRESS bukan shj bermaksud melalui BEBANAN EMOSI...gangguan fikiran dsbgnya STRESS JUGA BERPUNCA DRPD JADUAL HARIAN YANG KETAT...KOMITMEN KEHIDUPAN YANG OVERLOAD...namun sekadar beban fizikal spt yg saya lalui akibat komitmen keluarga, rumahtangga, kerjaya & pelajar tidaklaa seberat mana...BERBANDING BEBANAN EMOSI...

Tahun 2006 hinggalah 2007 merupakan tahun-tahun getir & ujian bagi saya sekeluarga...

April 2006 ~ saya diuji dgn demam denggi yg agak serius kesan platlet yg rendah saya terpaksa on & off MC...hinggalah saya membuat keputusan untuk meletakkan jawatan. Kebetulan INTERNSHIP MASTER memerlukan komitmen dan alhamdulillah perniagaan yang dulunya hanyalaa sekadar pendapatan sampingan memberikan pulangan yang syukur alhamdulillah. Bukan itu shj selaku anak tunggal saya INGIN SEKALI MENIKMATI HARI-HARI INDAH DLM RUANG YG ADA menghabiskan masa bersama ibubapa tercinta khususnya ibunda tercinta...PENYUSUNAN ALLAH SANGAT AJAIB...segalanya bagai direncana dgn begitu baik & tersusun sekali.

October 2006 ~ Ibu batuk keras...sebulan sepanjang Ramadhan ibu batuk dan tak selera makan...menjadi kebiasaan kalau tak sakit sangat susah sungguh nak bawa ibu ke klinik @ hospital. Bebrapa kali berulang-alik ke KLINIK BIASA...Doktor sekadar berikan ubat & nebolizer...Hinggalaa 6 Syawal kami gegaskan ibu ke DEMC...rupa-rupanya hampir 60% paru-paru kiri ibu dipenuhi air...patutlah ibu mengaduh letih dan penat bila berjalan...tidur tak boleh berbaring hanya duduk..dgn tiada pengalaman ibu dirujuk ke HTAR...hampir 10 hari saya menjaga ibu disana...masih juga tidak dapat dikenalpasti puncanya...

December 2006 ~ kali kedua ibu ibu ditahan ketika membuat rawatan susulan di HTAR barulah penyakit ibu dapat dikesan...rupa-rupanya ibu mengidap barah paru-paru tahap akhir...saat pertama kali ibu dimaklumkan ibu cukup tenang...masih tergambar redup ketenangan wajah ibu yang tidak lepas dgn tasbih berzikir...Takpelaa! Dah bahagian mak..nak buat macam mana..mak redha. Banyak pengalaman yg saya pelajari sepanjang hampir 14 hari menjga ibu disini...saya belajar erti pengorbanan, saya belajar erti kasih sayang...syukurlah walau ditakdirkan saya anak tunggal saya berupaya menggalas tanggungjawab sbg anak yg setia disisi ibu menemani berbanding mereka yg ditakdirkan anak ramai tapi masih berkira untuk berkorban untuk ibu @ ayah tercinta...waktu menziarah ibu masih tegar menyuarakan kesibukan, janji tapi mungkiri...pasti hati ibu yang merangkak senja di saat kudrat tidak berdaya berlagu sedih cuma mungkin tidak dapat disuarakan...

Ingat lagi setiap pagi saya akan bersihkan ibu, bersarapan bersama ibu...dr satu sudut selalu saya dapat rasakan ada mata yang mengerling...memandang sayu...kasihan saya mendengar cerita makciknie dia punya anak lelaki 2 org...jatuh dlm bilik air...sambil dia memerhati kami dr jauh dia akan mengeluhkan nasib dirinya..bahagian masing-masing...Satu perkara yg saya pelajari...KASIH SAYANG, DOA..sangat penting...berdoalaa moga kita dikurniakan ZURIAT YG MAMPU BERBAKTI UTK KEDUA ORG TUANYA...

Feb 2007 ~ August 2007 : Ibu meneruskan rawatan susulan di SJMC...kanser sememangnya PENYAKIT YANG SANGAT MAHAL KOSNYA...bayangkan sekitar 10 bulan membantu ibu merawat perjuangan kansernya perbelanjaan hampir mencecah RM100K ...mungkin kesilapan abah tidak mengambil insurans perubatan...tapi ALLAH ITU MAHA ADIL & KAYA mujurlah tabungan peribadi membantu membiayai kos perubatan ibu. (Para nurse, Doktor khususnya di Chemo Day Care sangat akrab dgn ibu...maklum shj boleh dibilang dgn jari warga Melayu yg menjalani rawatan disitu jika ada 10 pesakit dlm seorg dua shj...itupun dikalangan golongan berada & datuk-datin...tambah pula keramahan ibu dan kelembutan ibu ramai yg rajin melayan ibu). Saat memaklumkan pemergian ibu dapat saya lihat air mata berlinang dan berkilat di mata jururawat yg akrab dgn ibu)

Seperkara HIKMAH YANG SANGAT MAHAL HARGANYA saya perolehi ketika UJIAN INI adalah PENEROKAAN TENTANG KEAJAIBAN SAINS MINDA, MEDITASI & KUASA DOA.(Alhamdulillah hasil penerokaan dan hikmah perjuangan inilah yg saya bawakan dlm MODULE KLINIK SUKSES ~ sebahagian besar perkongsian itu ADALAH PENGALAMAN PERIBADI SAYA SENDIRI MEMBANTU PERJUANGAN IBU & DIRI DLM MENJAYAKAN MISI & CITA-CITA...dan alhamdulillah hampir setahun NUR QUDRAH HOLISTIC SOLUTION beroperasi TERAS INI juga saya bawakan dlm membantu rakan-rakan nampaknya bagi mereka yang konsisten, jujur, sabar dan berani untuk menakluki musuh paling ganas dlm dunia iaitu DIRI SENDIRI ~ kejayaan & transformasi impian menyebelahi mereka)

1/8/2007 ~ ibu pergi buat selama-lamanya. Selama ini saya membantu para klien berjuang dgn kehilangan insan tercinta termasuklaa yg isu penceraian,putus cinta dan kematian. Rupa-rupanya bukan mudah melalui EPISOD INI...MUJURLAH KULIAH INTERVENSI KRISIS...membantu saya LEBIH MEMAHAMI perjalanan yg dilalui...

August 2007 : Berat sekitar 57kg ~ 60kg
4 May 2008 : Berat mencecah 70kg ( dlm masa yg agak singkat berat saya naik mendadak)
9 May 2008 : Alhamdulillah tremendous result....catatan terbaik saya sepanjang 2003 ~ 2008 I've LOST 5.5kg WITHIN 5 DAYS..macam manatu ???Senang shj...



Memang benar sekali hasil PENEROKAAN,PEMERHATIAN & KAJIAN yang saya dilakukan...STRESS seringkali menjadi ANCAMAN DLM MISI MENDAPATKAN BERAT IDAMAN.Itulah sebahagian IMPAK GRIEVING @ KESEDIHAN yang saya lalui..stress mampu menjadi PEMANGKIN YANG MANA IBARAT "YEAST" dlm badan...nak kata makan banyak tidak jugak tapi hakikatnya itulah yang berlaku makin hari makin berkampung lemak & kedarak.

Ingin mengetahui RAHSIANYA BAGAIMANA SAYA MENYINGKIRKAN hampir 5.5kg dlm masa 5 HARI...DGN KOMBINASI SAINS MINDA, STRATEGY & PRODUK...hubungi saya untuk temujanji sesi secara online ataupun bersemuka.

PENGALAMAN PENGASAS NQ DGN ZAMAN KEMBANG KUNCUPNYA PART 1

Salam Ramadhan buat semua...

Terima kasih krn sudi melayari laman blog ini...

Lama saya tidak mengupdate perkongsian disini lantaran kesibukan harian dan kesan mabuk hamil...syukurlaa melewati waktu masuk semster kedua alhamdulillah kesan mabuk itu sudah mulai kurang.

Bercerita tentang MASALAH BERAT BADAN memangnya tidak dapat dipisahkan dengan wanita khususnya. Ibaratnya dari SAIZ S zaman anak dara tidak mustahil selepas berkahwin dan melalui PROSES KELAHIRAN mengembang hingga SAIZ L mahupun XL. Itulah sebahagian catatan pengalaman kembang kuncup saya..

Zaman Anak Dara (1998) : 46kg (niepun dah kira kritikal beratlaanie normal dlm lingkungan 42kg shj)...saksikan nanti proses transformasinya...hee...hee

Waktu Kahwin (1999) : 48kg

Selepas Anak Seorang (2000) : 68kg (macam nak nagis rasanya macam-macam ubat kununnya ditelan sebut shjlaa dr herba hinggalaa ke duramin)
Tahun 2002 : Setelah penat mencuba akhirnya atas saranan rakan saya mendapatkan khidmat Dr Maizon BTS ...fergghh! memang puas hatilaa dr berat yang hampir menyinggah 70kg kuncup sekitar 62kg...(2 bulan sya menjalani konsultasi dgn BTS pastu control sendiri..ilmu dah ada...minum air bergelen-gelenlaa setiap hari...pergi tandas toksah ceeta macam paip bocor)

Selepas Anak Kedua (2003) : Alhamdulillah dah kuncup sekejap Allah beri rezeki saya hamil utk zuriat kedua...tawaran PENGAJIAN MASTER terpaksa saya post-pone ke semester May 2003...alhamdulillah ilmu & pengalaman yg dikutip sebelum ini saya manfaatkan...sungguhpun berat badan tidak naik mendadak tapi MASIH TIDAK BERPUAS HATI...64kg...boring betul!!!Cuba mendapatkan khidmat BTS sekali lagi tetapi kalini SAYA BENAR-BENAR tidak dapat menangani symptom bahan kimia yg terdapat di dlm menjayakan misi kembali langsing...kepala sakit berdenyut-denyut tambahan pula dengan anak kecil, bekerja dan pengajian saya mendapat darah tinggi. Dan kesan lainnya pula perjalanan haid jadi terganggu apatidaknya KEDARAK & TOKSIN meriah di dalam badan. Impulse dr otak untuk memberikan arahan kpd rahim utk kedatangan HAID tak jumpa jalan banyak sangat semak-samun dan road-block...(itulah sebhgn komentar Gynae saya)

Hinggalah saya diketemukan dgn forum KMC...setiap hari membaca paparan TESTIMONI YG MENCUBA PRODUK BIODEX...dlm masa sebulan boleh lost 6kg ~ 10kg tambah pula digabung dgn produk DCL waktu itu...colon cleanser, honey amazing & be one multigel (Sebhgn TESTIMONI YG MENCATATKAN KEAJAIBAN ada saya kongsikan di dlm blog infolangsing). Secara jujur, setelah kegagalan mencuba pelbagai jenis produk saya sangat SKEPTICAL dan BERHATI-HATI...tetapi keikhlasan & kejujuran forumer berkongsi pengalaman berjaya membuka pintu hati saya utk mencuba (hampir sebulan juga saya menjadi pemerhati disitu). PUNCANYA hanya satu saya TERSENTAK DAN TAKUT apabila membaca artikel perubatan yang menyentuh tentang ketidakseimbangan hormon, perjalanan period yg tidak betul boleh mengundang cyst, fibroid dan kanser utk jangka masa panjang...SAYA TAKNAK JADI MACAMTU!!! HEALTH IS VERY IMPORTANT TO ME...kalau dah kaya banyak duit sekalipun takkan mampu membeli harga kesihatan apatah lagi nyawa...apatah lagi waktu ini saya telah didedahkan dgn DUNIA KAUNSELING...tentang kepentingan untuk menghargai, menyayangi diri sendiri...HIDUP AKAN LEBIH BERMAKNA BILA KITA MENYAYANGI DIRI KITA...jika tidak,tidak mustahil sia-sia shj segala pengorbanan dan kebaikan yg dilakukan ibarat lilin yg membakar diri...akhirnya terkorban...

Tambah pula RESEARCH PAPER saya sendiri menyentuh tentang HUBUNGAN OBESITI DAN KONSEP KENDIRI (SELF ESTEEM) tambah banyaklaa maklumat & PENEMUAN yang saya perolehi drpd literature review dan kajian-kajian yang diperolehi. Ada hubungkaitnya dgn KESEJAHTERAAN DIRI INDIVIDU...

Februari 2003 : 64kg
June 2003 : 57kg (Lepas Junenie saya dah tak ambil produk sekadar control sendirijek)
August 2003 : 55kg

Alhamdulillah berat badan ini berjaya saya pertahankan hingga August 2007..ada jugalaa naik sedikit tapi dgn ilmu & pengalaman bukan lagi sesuatu yg sukar untuk menyingkirkannya...

Hinggalah...detik yang AGAK TRAGIS berlaku dlm hidup saya...ujian yang pasti dilalui setiap hambaNYA di dunia ini...kehilangan insan tercinta...pemergian armarhummah ibu yang dikasihi ke rahmahtullah dan perjuangan getir membantu beliau berhadapan dgn kanser tahap akhir...

Wednesday, May 21, 2008

Obesiti Dan Kesejahteraan Diri Part 1

Glitter Words
[Glitterfy.com - *Glitter Words*]

Salam buat semua…

Lama saya tidak menulis tentang tips-tips langsing, rasanya hampir 4 tahun saya meninggalkan tumpuan perkongsian ilmu tentang rahsia langsing ini. Sejak sibuk dengan rawatan dan kes-kes kaunseling, apapun atas permintaan rakan-rakan akhir-akhir ini saya cuba mengakses kembali info-info langsing yang pernah saya tulis satu ketika dahulu.Semoga KEJAYAAN SUZANA menjadi sumber inspirasi bagi yang sedang berusaha…KOMITMEN & KEAZAMAN BELIAU SIAPA SANGKA...HILANG 60KG DALAM MASA 3 BULAN...biar betull...betul... kisah beliau ada disiarkan dlm Malaysia Hari Ini di TV3 13 May 2008. Malah artikel tentang beliau pernah keluar di dlm HARIAN METRO 28 Februari lalu(ingin tahu lebih lanjut tentang Suzana sila lawati http://rahsialangsingmindasuper.blogspot.com/)

Sememangnya FITRAH manusia akan lebih tertarik pada yang indah dan cantik…itu satu FAKTA YANG TIDAK BOLEH KITA SANGKAL. Dan tidak dinafikan perjalanan usia, komitmen kehidupan…berkahwin, hamil, melahirkan zuriat…factor pemakanan, gaya hidup…dan STRESS tidak dinafikan mempunyai pengaruh yang besar dalam proses peningkatan berat badan.

OHH! TIDAK...
Teringat komentar para sahabat khususnya ibu-ibu, dengan kesibukan kerjaya, urusan rumahtangga…terkejar sana …terkejar sini sehingga terabai kebajikan dan penampilan diri…Eh…eh tahu-tahu tengok kat cermin..tu dia benjol disana…benjol disini..sakit mata memandang…nak berbelanja sayang duit alasannya utamakan keperluan anak-anak dan rumahtangga…tapi tulaa dia tanpa disedari..HARGA YANG PERLU DIBAYAR DI KEMUDIAN HARI SUNGGUH MAHAL HARGANYA (KOS RAWATAN, STRESS, PENAMPILAN KURANG MENARIK YG DIJADIKAN ALASAN PASANGAN BERPALING KASIH DSBGNYA)Nie yang tak mau..neyhee...neyhee...tidak!!!...mudah sakit kepala, banyak angin dalam badan, mudah letih dan penat.Dan paling tidak mahu kita dengar bila berjumpa Doktor…ada masalah kolesterol, darah tinggi, kencing manis, hormone inbalance, masalah period, cyst dan sebagainya…DAN PALING-PALING DITAKUTI…haanie dia, abang roommate terpaut pada yang di luar…hee..hee…mula pandang-pandang, betul tak? Sebabnya…SEDAP MATA MEMANDANG..senyum-senyum…sapa-menyapa dan akhirnya terpaut hati…tahu-tahu …handphone dah ada kod, bergayut kat telepon…cakap bisik-bisik…nampak happy, berseri-seri tapi dengan anak isteri…AMPUN!!! Ada saja yang tak kena….pantang silap sikit…NAK TAHU KENAPA???Nielaa yg dlm kaunseling dok kata mekanisme bela diri…nak menutup kesalahan diri…CARIK SALAH ORG LAIN…Nauzubillahminzalik…Jangan sampai rumahtangga berkocak gara-gara kealpaan isteri menjaga penampilan diri dijadikan alasan…hee! dahlaa tak sponsor pastu suka ati nak komple ek...sket kurang asam... takpaalaa...abang roomate tak nak sponsor takpa...isteri sponsorlaa diri sendiri....SAYANG DIRI KITA...TAKDE SIAPA NAK REWARD DIRI ANDA..ANDA REWARDLAH DIRI ANDA SBG SALAH SATU USAHA PENGHARGAAN DAN PENAT LELAH ATAS USAHA & PENGORBANAN ANDA...ini merupakan salah satu teknik yang baik utk diamalkan dalam coping mechanisme menangani isu stress dan kehidupan...

TIPS..
Menawan hati suami mahupun pasangan dengan penampilan yang sedap mata memandang, adab dan pekerti, layanan…belaian dan kasih sayang… merupakan STRATEGY dalam memastikan keharmonian rumahtangga…BONUS buat individu. Apa yang LEBIH UTAMA dari itu adalah KESEJAHTERAAN DIRI individu itu sendiri…kesihatan…dalaman…yang melibatkan interaksi MINDA, EMOSI & TUBUH. Semakin usia meningkat…komitmen dalam kehidupan makin bertambah. Daripada bujang berkahwin ada anak…drpd pegawai biasa naik pangkat…seterusnya dan tanpa disedari…jika tidak disemai & dibajai benih kasih sayang dlm rumahtangga, jika tidak diperkemaskan iman dan ilmu di dada nescaya…tipu muslihat syaitan mudah membolosi…menghuru-harakan kehidupan…Kealpaan dalam mengejar materi hingga hilang keseimbangan unsur keharmonian…tidak kena juga akhirnya…menyesal..menangis air mata darah sekalipun takkan bisa menebus kesilapan dan sejarah silam.

FIND YOUR BECAUSE???
Selagi kita hidup selagi itu ada ujian bersesuaian dengan tingkat iman dan ilmu kita tapi PERCAYALAH ANDAI KITA KENAL MATLAMAT DIRI…FIND YOUR BECAUSE…KITA TAKKAN MUDAH TERPEDAYA…ujian merupakan proses tarbiyyah Allah untuk kita…Andai hari ini kita diuji andai hari ini kita terperangkap…JANGAN SALAHKAN ORANG LAIN….TETAPI MUHASABAH DIRI SEBAIKNYA…kerana apa???Kita yang memilih untuk TERUS TERPERANGKAP…BERSEDIH, BERDUKA, MENYALAHKAN ORANG LAIN, TAK KURANG ADA YANG MENYALAHKAN TAKDIR, EGO, SEMUA YANG DIPANDANG NEGATIF…bila unsur-unsur negative ini mendominasi diri…HATI-HATI!!! Reach outt!!! Sebelum hidup tapi hilang makna dan seri…

Sukar melakukan TRANSFORMASI…keliru dalam mengejar impian…anda merasakan ada sesuatu yang hilang tapi tak tahu apa…dilemma dalam membuat keputusan…pelbagai usaha dilakukan tapi hasil yang diharapkan masih jauh panggang dari api…temui jawapannya dalam KLINIK SUKSES…

INTERAKSI MINDA, EMOSI DAN TUBUH DALAM MENCAPAI KESEJATERAAN KEHIDUPAN
InsyaAllah nantikan episod RESEPI NQ akan datang yang bakal mengupas INTERAKSI MNDA, EMOSI & MINDA yang akan membawa dimensi perspektif kaunseling, PENGURUSAN STRESS, CRISIS INTERVENSI dan rawatan komplimetari menggunakan ASET YANG TERSEDIA BUILD IN DALAM DIRI ANDA.. kuasa doa, meditasi Islam dan minda.Macam manatu???Haa..tunggu senang shj...MEDITASI yang diketengahkan cukup muda syaratnya tak kira apajua latar belakang anda...BASICNYA anda ingin dibantu saya sedia membantu "KEBENARAN DIRI ANDA UNTUK MENIKMATI HIDUP & IMPIAN " dalam menjayakan kehidupan yang harmoni dan diredhai Allah...itu shj syaratnya...
Ada yg pernah bertanya kpd saya, adakah saya ketengahkan jurus-jurus atau mantra tertentu ker???Jawapan TIDAK SAMA SEKALI...ini bukan reiki yg lazimnya dikaitkan dgn MEDITASI.Apa yang saya ketengahakan PENEROKAAN DIRI melalui displin kaunseling...mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri anda menerusi penerokaan sesi kaunseling secara teras teori PERKEMBANGAN PERSONALITI DAN KAUNSELING KELUARGA & RUMAHTANGGA yang akan kita kupas bersama-sama melalui pengalaman dan REFLEKSI DIRI anda sendiri...Saksikan sendiri EVOLUSI KEJAYAAN DIRI ANDA BERSAMA NUR QUDRAH....

Sehingga jumpa lagi...sesungguhnya yang baik itu datang drpd Allah dan sebaliknya itu datang dari kelemahan saya sendiri...Maaf sekiranya coretan saya mengusik jiwa anda...tetapi itulah HAKIKAT & KEBENARAN YANG LAZIMNYA PAHIT & SUKAR UTK KITA TERIMA...TAPI TANPA KITA SEDARI JUGA SESUNGGUHNYA YANG PAHIT INILAH SERINGKALI MENJADI PENAWARNYA…tak gitu???Renung-renungkan sejenak…Apapun semoga sama-sama kita beroleh manfaat dan ikhtibar darinya